Tuesday, November 9, 2010

Anak Benih Lada Solok

Assalamualaikum wr wb

Berikut ialah info ringkas lada solok:

Lada Solok

* Biji benih lada solok disemai di dalam dulang semaian dan dikurung selama 4 hari.

* Anak benih di dalam dulang semaian diletakkan di dalam rumah semaian selama 21 hari sebelum sedia untuk ditanam di atas batas.

* Pokok lada solok mula mengeluarkan hasil pada usia 40 hari selepas ditanam di atas batas.

* Pokok lada solok mampu mengeluarkan hasil selama 100 hari.

* 1 pokok lada solok mampu mengeluarkan hasil 1 ke 2 kg sepanjang hidupnya.